Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan, bermaksud nasihat dan pertukaran mental. kaunseling adalah salah satu cabang psikologi. Perkhidmatan ini dijalankan oleh kaunselor professional bagi membantu perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan secara lansung malah membuatkan klien berfikir dan memberikan mereka peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sendiri.
Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien meluahkan masalah mereka dan kaunselor cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah klien itu.
Definisi.
Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku di antara dua orang individu yang dikenali sebagai klien dan kaunselor. Situasi ini berlaku dalam keadaan yang formal dan professional serta di mulakan dan di kekalkan dengan pertolongan perubahan tingkah laku. Dalam kedaan ini kaunselor adalah individu yang mempunyai pengetahuan yang amat luas dan berkebolehan sehinggalah boleh membuatkan seorang itu melakukan keputusan yang tepat.
Terdapat dua jenis kaunsleing iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Kaunseling individu dikenali sebagai perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seprti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. Selain itu, kaunseling kelompok ialah perhubungan kanuselor dengan beberapa orang ahli .
Kaunseling kelompok ini juga adalah suatu proses perhubungan individu yang berasaskan akal fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana peransaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Kauseling kelompok akan berlaku di dalam kumpulan kecil yang halinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli yang lain. Mereka juga ingin pendapat daripada ahli yang lainnya. Sekiranya kaunseling kelompok ini berlaku maka ahli tidak akan berasa malu kerana semua ahlinya mempunyai masalah yang berlainan ataupun boleh juga menghadapi masalah yang sama.
Ramai juga ahli psikologi berpendapat kaunseling menekankan kepada perancangan yang lebih rasional, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada situasi tekanan yang dihadapi oleh seseorang yang normal di dalam kehidupan seharian. Kaunseling adalah proses yang singkat berbanding psikoterapi.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar serta apa kelebihan dan kekurangannya apa yang boleh dilakukan dengan mudah apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Psikoterapi adalah proses difokuskan untuk membantu Anda menyembuhkan dan konstruktif belajar lebih banyak bagaimana cara untuk menangani masalah atau isu-isu dalam kehidupan Anda. Hal ini juga dapat menjadi proses yang mendukung ketika akan melalui periode yang sulit atau stres meningkat, seperti memulai karier baru atau akan mengalami perceraian.
Umumnya psikoterapi dianjurkan bila seseorang mempunyai masalah dengan kehidupan, masalah hubungan atau kerja atau masalah kesihatan mental tertentu, dan isu-isu atau masalah yang menyebabkan banyak individu yang besar rasa sakit atau marah selama lebih dari beberapa hari. Anda tidak sepenuhnya yakin Anda akan mendapat manfaat dari itu. Jutaan orang mengunjungi psikoterapi setiap tahun, dan sebagian besar penelitian menunjukkan bahawa orang yang melakukannya manfaat dari interaksi. Kebanyakan terapi juga akan jujur dengan anda jika mereka yakin anda tidak akan mendapatkan keuntungan atau pendapat mereka, tidak perlu psikoterapi.
No comments:
Post a Comment