Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.
Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.
Restoran yang menyajikan masakan Melayu Restoran Subaidah, Restoran Lot 35 3 Restoran Lot 85 4 Restoran Mahligai Tingkat Bawah, Bangunan Pusat Penerangan Pelancong, Jalan Kota, 75000 Melaka , Restoran Selera Pandan, Restoran Alihar19, Jalan Melaka Raya 13, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Restoran Anjung Muara, Perkampungan Ikan Bakar, Umbai, Medan Ikan Bakar Umbai, Pengkalan Pernu, Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak, Medan Ikan Bakar Anjung Batu, Medan Ikan Bakar Serkam dan Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan.

No comments:
Post a Comment