me

me

Thursday, 26 November 2015

Konsep bimbingan dan kaunseling.






Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan, bermaksud nasihat dan pertukaran mental. kaunseling adalah salah satu cabang psikologi. Perkhidmatan ini dijalankan oleh kaunselor professional bagi membantu perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan secara lansung malah membuatkan klien berfikir dan memberikan mereka peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sendiri.
Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien meluahkan masalah mereka dan kaunselor cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah klien itu.

Definisi.

Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku di antara dua orang individu yang dikenali sebagai klien dan kaunselor. Situasi ini berlaku dalam keadaan yang formal dan professional serta di mulakan dan di kekalkan dengan pertolongan perubahan tingkah laku. Dalam kedaan ini kaunselor adalah individu yang mempunyai pengetahuan yang amat luas dan berkebolehan sehinggalah  boleh membuatkan  seorang itu melakukan keputusan yang tepat. 
Terdapat dua jenis kaunsleing iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Kaunseling individu dikenali sebagai perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seprti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. Selain itu, kaunseling kelompok ialah perhubungan kanuselor dengan beberapa orang ahli .
Kaunseling kelompok ini juga adalah suatu proses perhubungan individu yang berasaskan akal fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana peransaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Kauseling kelompok akan berlaku di dalam kumpulan kecil yang halinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli yang lain. Mereka juga ingin pendapat daripada ahli yang lainnya. Sekiranya kaunseling kelompok ini berlaku maka ahli tidak akan berasa malu kerana semua ahlinya mempunyai masalah yang berlainan ataupun boleh juga menghadapi masalah yang sama.
Ramai juga ahli psikologi berpendapat kaunseling menekankan kepada perancangan yang lebih rasional, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada situasi tekanan yang dihadapi oleh seseorang yang normal di dalam kehidupan seharian. Kaunseling adalah proses yang singkat berbanding psikoterapi.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.  Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.  Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar serta apa kelebihan dan kekurangannya apa yang boleh dilakukan dengan mudah apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya.  Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya.  Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah.  Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran.  Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif.  Ini berdasarkan kepada kepercayaan Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.  Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.  Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Psikoterapi adalah proses difokuskan untuk membantu Anda menyembuhkan dan konstruktif belajar lebih banyak bagaimana cara untuk menangani masalah atau isu-isu dalam kehidupan Anda. Hal ini juga dapat menjadi proses yang mendukung ketika akan melalui periode yang sulit atau stres meningkat, seperti memulai karier baru atau akan mengalami perceraian.
Umumnya psikoterapi dianjurkan bila seseorang mempunyai masalah dengan kehidupan, masalah hubungan atau kerja atau masalah kesihatan mental tertentu, dan isu-isu atau masalah yang menyebabkan banyak individu yang besar rasa sakit atau marah selama lebih dari beberapa hari. Anda tidak sepenuhnya yakin Anda akan mendapat manfaat dari itu. Jutaan orang mengunjungi psikoterapi setiap tahun, dan sebagian besar penelitian menunjukkan bahawa orang yang melakukannya manfaat dari interaksi. Kebanyakan terapi juga akan jujur dengan anda jika mereka yakin anda tidak akan mendapatkan keuntungan atau pendapat mereka, tidak perlu psikoterapi.

Apa itu teknologi maklumat di dalam pendidikan.


  • Maksud teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
  • ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
  • Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.

  • Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu: 

a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

 
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan merupakan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer yang diaplikasikan dalam pengajaran atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer telah lama diperkenalkan iaitu kira-kira pada sekitar tahun 50an. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai perisian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ke sekolah-sekolah.


Terdapat enam jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Latih Tubi

Latihtubi latihan melalui komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Soalan akan diberikan melalui perisian komputer pelajar akan menjawab soalan sama ada betul atau salah komputer akan dapat menghasilkan keputusan tersebut melalui maklum balas hasil daripada jawapan yang diberikan. Situasi ini akan membolehkan mereka yang tidak menguasai kemahiran dapat mengikuti proses pembelajaran dengan lebih berkesan.


Monday, 23 November 2015

Jalan-jalan cari makan di Melaka.

Datang ke Melaka boleh singgah dan menikmati makanan yang sedap-sedap diantara menu yang terkenal Asam Pedas.. rata-rata kedai memasak asam pedas pelbagai jenis seperti ikan pari, daging ketetel, ikan parang dan banyak lagi.


Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.
Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.


Restoran yang menyajikan masakan Melayu Restoran Subaidah, Restoran Lot 35 3 Restoran Lot 85 4 Restoran Mahligai Tingkat Bawah, Bangunan Pusat Penerangan Pelancong, Jalan Kota, 75000 Melaka , Restoran Selera Pandan,  Restoran Alihar19, Jalan Melaka Raya 13, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Restoran Anjung Muara, Perkampungan Ikan Bakar, Umbai, Medan Ikan Bakar Umbai, Pengkalan Pernu, Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak, Medan Ikan Bakar Anjung Batu, Medan Ikan Bakar Serkam dan Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan.










Sunday, 22 November 2015

Prasekolahku sepanjang 2015...

Di awal 2015, persekolahan bermula, sebagai guru yang bertugas di Tabika KEMAS Batu Berendam, Inginkan kelancaran perjalanan aktiviti yang dirancang terlaksana mengikut perancangan walau bagaimana pun kita hanya mampu merancang segalanya terserah kepada Allah.

telatah kanak-kanak di tabika sepanjang 2015. Telatah kanak-kanak kadang kala membuatkan kita lupa seketika,,,hihihihi. Keseronakan mereka ketika lawatan pendidikan dapat kita lihat di wajah anak-anak di sini..

Kanak-kanak tekun mewarna i love Malaysia


Hari terbuka bersama ibu bapa bagi menerangkan perkembangan anak-anak mereka.



Lawatan pendidikan ke Bomba Jalan Kubu 







lawatan hari ke2  menaiki Duck Tours

Hadiah dan cenderahati akhir tahun 



Jamuan ibu bapa 






Penyampaian hadiah kepada kanak-kanak cemerlang




Monday, 8 June 2015

Ayah dan ibu akan sentiasa ingin memastikan anak-anak mendapat keselesaan dan apabila anak-anak melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan hati itu yang membuat saya membelalakkan mata saat memandang mereka.

 KITA  SEHARUSYA  MEMAHAMI ANGGOTA  KELUARGA  SENDIRI. DENGAN MENGETAHUI  MAKANAN, MINUMAN, PAKAIAN, WARNA  KEGEMARAN  DAN HOBI  MEREKA. SELAIN  ITU JUGA KITA SEPATUTNYA  MENGETAUI  PERLAKUAN  YANG  DISENANGI  DAN  TIDAK  DISENANGI  OLEH ANGGOTA  KELUARGA . HUBUNGAN  KEKELUARGAAN  AKAN  LEBIH  KUKUH  DAN  MESRA  APABILA  ANGGOTA  KELUARGA  SALING  MEMAHAMI  ANTARA  SATU  SAMA  LAIN. PERSEFAHAMAN  YANG  TERJALIN  INI  JUGA  DAPAT  MENGGELAKKAN  KITA  DARIPADA  MENYAKITI  HATI  DAN MENYINGGUNG  PERASAAN  ANGGOTA KELUARGA YANG LAIN.     SEBAGAI  ORANG KANAN  KELUARGA, SENTIASA MEMASTIKAN  PERASAAN  MENYAYANGI  ANTARA  SATU  SAMA  LAIN DI PUPUK SEJAK LAHIR,  MENUNJUKKAN  KASIH  SAYANG  DENGAN  BERKONGSI  MASA  SUKA  DAN DUKA  BERSAMA  ANGGOTA KELUARGA.   MENGHORMATI  ANGGOTA  KELUARGA  TERUTAMA  YANG LEBIH  TUA  SEPERTI  DATUK, NENEK, AYAH, IBU, ABANG, DAN KAKAK. PERTUTURAN  DAN TINGKAH LAKU JUGA      SOPAN  SEMASA  BERINTERAKSI  DENGAN  ANGGOTA  KELUARGA.   AKUR   DAN  PATUH  DENGAN  NASIHAT  DAN  LARANGAN  KELUARGA, SEWAJARNYA  BERSYUKUR  KEPADA  TUHAN  KERANA  DIANUGERAHI  SEBUAH  KELUARGA YANG BESAR DAN MASIH MEMILIKI KEDUA- DUA IBU BAPA.

ANAK-ANAKKU SAYANG,..

Setiap anak pasti menginginkan memiliki keluarga yang riang  . Dia tidak  mampu memilih keluarga di mana dia akan dilahirkan. Yang ada adalah takdir menentukan bahwa dia menjadi anak pasangan si ini ataupun si itu. Keluarga, sesuatu yang sangat berharga dalam hidup. orang tua dan anak-anak ada di dalamnya. Anak-anak, siapapun dia pasti mendambakan kasih sayang  dari kedua orang tuanya. Orang tua memiliki sederet kewajiban dan nantinya akan menuai hasil kerja kerasnya selama ini. Ya, anak adalah hasil usaha orang tua (di dunia maupun di akhirat). 


Kalimat-kalimat di tulisan itu mengisyaratkan bahawa sikap dan perilaku orang tua kepada anak memberi contoh sepanjang masa. Bagaimana  seorang anak mampu membenci salah satu orang tuanya, kalau itu bukan “didikan” orang tuanya sendiri? Kalau kita dengar sepintas saja, pasti dengan mudah mengatakan dia adalah anak durhaka,anak yang tidak menurut kata namun jika kita mahu tahu lebih maka kita akan mampu memahami mengapa hal itu berlaku tanpa didikan daripada kedua-dua orang tuanya.

Siapa yang hendak dipersalahkan keluarga, rakan-rakan, bahan media atau persekitaran ....?????